Setelah gempa bumi reda, ketika penyelamat tiba di runtuhan
rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan
dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana posisi dia kelihatan agak aneh
seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke depan, dan dua tangannya mengendong
sesuatu benda. Rumah runtuh itu telah menghantam punggung dan kepalanya.
Dengan usaha yang sulit, kepala pasukan penyelamat memasukan
tangannya melalui celahan kecil di dinding untuk mencapai badan wanita
tersebut. Dia berharap bahwa wanita ini mungkin masih hidup. Walau
bagaimanapun, badannya yang dingin dan kaku membuktikan bahwa wanita itu telah
meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari
korban pada bangunan runtuh yang lainnya. Tanpa alasan yang kuat, kepala pasukan
ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita
yang runtuh tersebut. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan
yang sempit untuk melihat keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit
kegirangan, "Seorang anak! Ada anak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati
mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati.
Terdapat seorang anak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut
berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga
ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Ketika rumahnya runtuh, dia
menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Anak lelaki itu masih tidur
dengan nyenyak sewaktu kepala pasukan penyelamat itu menemuinya.
Dokter bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut.
Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon genggam di dalam selimut
tersebut. Tertera teks pesan pada layar telefon genggam itu, "Jika kamu
hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." pesan ini telah
diteruskan dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca
pesan pasti menangis. "Jika kamu hidup, kamu harus ingat bahwa ibu sayang
kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!
(KUTIPAN :KORANMAYA)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar